Penurunan duti hiburan bukan untuk galak maksiat - Anwar

Anwar ketika menghadiri Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Rabu - Foto: Bernama
Anwar ketika menghadiri Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Rabu - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penurunan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu bukan bertujuan menggalakkan maksiat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan masih meletakkan syarat-syarat ketat yang mesti dipatuhi bagi penganjuran sebarang aktiviti hiburan.

"Ini saya nak beritahu bukan lah maksudnya bukan untuk mengalakkan maksiat (penurunan duti hiburan).

"Hiburan untuk anak-anak muda dengan syarat-syarat yang terkawal itu... kita kurangkan kadar duti hiburan walaupun kita dikritik (kerana) keputusan ini (dituduh) sebagai galakan yang tidak baik.

"(Tetapi) syarat-syarat masih diketatkan dan mesti dipatuhi," kata Perdana Menteri ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara pada Rabu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah kerajaan turut memperuntukkan RM160 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dalam Belanjawan 2024.

Ketika membentangkan Belajawan 2024 pada 13 Oktober lalu, Perdana Menteri memaklumkan pengurangan duti hiburan itu antaranya merangkumi lima peratus bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator.

Selain itu, pengurangan kepada 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan. - Awani

Artikel Berkaitan: