Badak sumbu hitam tertua di dunia mati pada usia 57 tahun

Jangka hayat badak sumbu hitam adalah antara 37 dan 43 tahun yang boleh hidup lebih 50 tahun.
Jangka hayat badak sumbu hitam adalah antara 37 dan 43 tahun yang boleh hidup lebih 50 tahun.
A
A
A

DAR ES SALAAM - Seekor badak sumbu hitam dipercayai spesies tertua di dunia dilaporkan mati di Tanzania pada usia 57 tahun pada Khamis lalu.

Kelmarin, pihak berkuasa Kawasan Konservasi di Ngorongoro memaklumkan kematiannya adalah secara semula jadi.

"Rekod menunjukkan haiwan digelar Fausta itu hidup lebih lama daripada spesies badak sumbu lain di dunia," kata jurucakapnya yang menjelaskan haiwan itu dipindahkan ke tempat perlindungan tersebut pada tahun 2016.

Difahamkan, Fausta pertama kali dikesan di Ngorongoro pada 1965 oleh saintis di Universiti Dar Es Salaam ketika ia berusia antara tiga dan empat tahun.

"Keadaan kesihatannya mula merosot sejak tiga tahun lalu akibat diserang beberapa kali oleh dubuk," jelasnya.

Sebelum ini, badak sumbu putih selatan digelar Sana berusia 55 tahun pernah dianggap sebagai badak sumbu putih tertua di dunia selepas ia mati di Taman Zoologi La Planete Sauvage di Perancis pada tahun 2017.

Artikel Berkaitan: