Kecemerlangan KSSB diiktiraf Asia Tenggara

Abdul Rahman (sembilan dari kiri) bersama-sama warga pengurusan jabatan dan agensi kerajaan negeri sempena majlis anugerah 3rd ASEAN Mineral Awards 2023.
Abdul Rahman (sembilan dari kiri) bersama-sama warga pengurusan jabatan dan agensi kerajaan negeri sempena majlis anugerah 3rd ASEAN Mineral Awards 2023.
A
A
A

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya dianugerahkan antara tiga syarikat terbaik bagi anugerah ‘Amalan Terbaik Dalam Perlombongan Mineral Bukan Logam’ di 3rd ASEAN Mineral Awards 2023 yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja.

KSSB yang juga anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor merupakan pemain industri dalam sektor perlombongan yang telah berjaya disenarai pendek bagi mewakili Malaysia untuk bersaing bersama 16 syarikat perlombongan di rantau Asia Tenggara (ASEAN).

Kejayaan yang diperoleh ini merupakan sebuah penghargaan dan pengiktirafan besar bagi KSSB yang membawa imej Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor ke pentas antarabangsa.

Abdul Rahman (lima dari kiri) bersama-sama anggota pengurusan dan kakitangan KSSB meraikan kejayaan meraih anugerah Amalan Terbaik Dalam Perlombongan Mineral Bukan Logam sempena 3rd ASEAN Mineral Awards 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada 23 November lalu.

Bahkan, pengiktirafan yang diterima ini juga merupakan hasil libat sama daripada Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Pengairan Selangor (JPS) serta agensi-agensi kerajaan negeri yang lain.

Ia juga membuktikan keupayaan KSSB dalam mengendalikan keseluruhan proses tapak operasi perlombongan bahan batuan dan mineral serta menepati piawaian dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, pentadbiran pusat dan persekutuan mahupun di peringkat antarabangsa.

Anugerah berprestij tersebut telah diterima oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KSSB, Abdul Rahman Ishak semasa majlis makan malam gala ASEAN Ministerial Meeting on Minerals (AMMin) yang telah diadakan di Sokha Phnom Penh Hotel pada 23 November lalu.

Ketua Pengawai Operasi KSSB, Mohamed Fariz Ghazali (kiri) bersama Ahli Lembaga Pengarah KSSB, Siva Kumar a/l Periasamy masing-masing menunjukkan sijil serta trofi yang diraih KSSB.
Ketua Pengawai Operasi KSSB, Mohamed Fariz Ghazali (kiri) bersama Ahli Lembaga Pengarah KSSB, Siva Kumar a/l Periasamy masing-masing menunjukkan sijil serta trofi yang diraih KSSB.

Artikel Berkaitan:

Menurut Abdul Rahman ketika ditemui, beliau menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada KSSB.

“Kejayaan yang membanggakan ini merupakan hasil sokongan kerjasama dari semua agensi dan jabatan kerajaan terlibat serta kakitangan yang sentiasa menjadi tulang belakang syarikat” jelas beliau.

Ketua Jabatan Pemasaran dan Perdagangan KSSB, Mohd Nizam Mohd Ishak (dua dari kiri) bersama Ketua Jabatan Perhubungan Teknikal KSSB, Ts Muhammad Faiz Zainuddin (dua dari kanan) masing-masing menerima sijil dan trofi anugerah Amalan Terbaik Dalam Perlombongan Mineral Bukan Logam sempena 3rd ASEAN Mineral Awards 2023.

Sebelum ini, KSSB pernah meraih kecemerlangan melalui pengiktirafan yang diperoleh di 2nd ASEAN Mineral Awards 2019 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Kecemerlangan operasi yang ditunjukkan oleh KSSB sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan sektor perlombongan berjaya menempatkan KSSB sebagai pemenang bagi kategori ‘Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Mineral yang Mampan (Pengedaran Mineral Bukan Logam)’.

KSSB yang mula beroperasi pada tahun 2008 merupakan sebuah syarikat milikan Kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan pengekstrakan, pengeluaran, pengedaran dan penjualan pasir, bahan batuan serta sumber mineral sekali gus mempromosikan operasi perlombongan mineral yang mampan di Negeri Selangor.