Kes denggi, cacar monyet antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Gambar hiasan 123RF.
Gambar hiasan 123RF.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Langkah mengekang kes denggi yang semakin meningkat dan pencegahan jangkitan cacar monyet antara yang menjadi tumpuan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) bertanyakan Menteri Kesihatan mengenai langkah drastik bagi mengekang kes denggi pada sesi soal jawab.

Sabri Azit (PN-Jerai) pula bertanyakan langkah pencegahan bagi memastikan jangkitan cacar monyet yang dilaporkan telah wujud di Malaysia, tidak menular seperti virus Covid-19.

Dalam sesi sama, Zahari Kecik (PN-Jeli) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah proaktif kementerian itu bagi menjamin kebajikan pesara polis seluruh negara sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka.

Selain itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bertanyakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengenai perancangan dalam mempertingkatkan bilangan usahawan serta bantuan untuk memajukan usahawan bumiputera.

Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang bermula 9 Okt lepas dijadual berakhir Khamis ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: