Presiden PKBM meninggal dunia

Allahyarham Abu Samah meninggal dunia pada jam 7 malam pada Selasa.
Allahyarham Abu Samah meninggal dunia pada jam 7 malam pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab, 82, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Banda Hilir di sini, pada malam Selasa.

Mengesahkan perkara itu, anak keduanya, Norazman Abu Samah berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7 malam selepas dimasukkan ke hospital berkenaan pada Ahad.

"Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser prostat tahap empat sejak setahun lalu.

"Namun kesihatan arwah semakin merosot sejak dua minggu lalu sebelum dimasukkan ke hospital kerana tiada selera makan," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Halimah Ali, 82, dan tujuh orang anak.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semabok di sini kira-kira jam 12 tengah hari pada Rabu.

Allahyarham telah menerajui PKBM sejak 1990 dan melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengekalkan jawatannya bagi penggal 2023 hingga 2026.

Artikel Berkaitan: