'Terima kasih atas layanan baik Hamas'

Surat tulisan tangan yang dihantar Daniel Aloni dalam bahasa Hebrew dan Arab yang diterbitkan media Palestin. - Foto Agensi
Surat tulisan tangan yang dihantar Daniel Aloni dalam bahasa Hebrew dan Arab yang diterbitkan media Palestin. - Foto Agensi
A
A
A

GENTING GAZA - Tindakan memburukkan Hamas dan sentiasa menggambarkan pejuang bumi Gaza itu sebagai 'pengganas kejam' ternyata hanyalah propaganda jahat Israel.

Kebenaran akhirnya terdedah selepas salah seorang bekas tawanan sayap ketenteraan Hamas, Briged al-Qassam itu membuka mulut menceritakan pengalamannya sepanjang berada di bawah tahanan kumpulan berkenaan.

Menerusi surat dihantar wanita Israel, Daniel Aloni yang disiarkan rangkaian media Palestin pada Isnin, dia menzahirkan ucapan terima kasih malah memuji kebaikan anggota Hamas.

Kandungan surat dalam bahasa Hebrew itu menjelaskan dia ditahan bersama anak perempuannya, Emelia yang berusia enam tahun.

"Anggota al-Qassam menemani dan menjaga kami sepanjang masa. Terima kasih atas layanan berperikemanusiaan luar biasa yang ditunjukkan kepada Emelia.

"Anda melayannya seperti anak sendiri. Saya berasa seperti 'permaisuri' di Gaza kerana penjagaan yang sangat baik," ujarnya yang dibebaskan di bawah kumpulan pertama selepas jeda kemanusiaan selama 96 jam berkuat kuasa pada Jumaat lalu.

Tawanan Hamas yang lain turut mengesahkan mereka menerima layanan yang amat baik tidak seperti digembar-gemburkan media Barat.

"Pejuang Hamas menyediakan semua keperluan kami dan memberikan makanan sama seperti yang dijamu mereka sendiri," kata wanita Israel berumur 85 tahun.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, ahli keluarga tawanan warga Thailand, Vetoon Wichagern yang dibebaskan di bawah kumpulan pertama turut berkongsi kisah kebaikan Hamas.

"Kami terkejut kerana dia terselamat dalam peperangan itu. Ia sememangnya satu keajaiban. Vetoon tidak alami sebarang kecederaan atau diseksa. Dia diberi makan dan minum. Keadaan fizikalnya masih sama, tiada sebarang perubahan ketara," kata Roongarun. - Agensi