Bekas pemain United imbau detik cemas di Istanbul 30 tahun lalu

Phelan. Foto Agensi
Phelan. Foto Agensi
A
A
A

BEKAS pemain sensasi, Mike Phelan mengingatkan Manchester United agar kuat untuk berdepan kemungkinan suasana 'menakutkan' di Istanbul, Turkiye menjelang aksi menentang Galatasaray dalam aksi Liga Juara-Juara pada Khamis.

Amaran diberikan bekas pemain pertahanan United itu ketika mengimbas insiden cemas 'Welcome to Hell' 30 tahun lalu.

Pertemuan kali ini mengingatkan Phelan terhadap pengalaman beraksi di gelanggang pasukan gergasi Turkiye itu pada November 1993.

Ketika itu ia melibatkan pertembungan United dengan Galatasaray dalam aksi kedua pusingan kedua UCL dalam suasana yang amat menakutkan.

“Kami tiba di sana dan mereka membenarkan sesiapa sahaja memasuki lapangan terbang. Ia sambutan yang tidak dijangka dan penuh intimidasi.

“Biarpun ada ramai polis tetapi mereka tidak berhenti menjerit dan memegang sepanduk bahawa kami akan mati di sana.

“Perkara sama berlaku apabila kami tiba di hotel,” ujar Phelan.

Tiga kekalahan dalam saingan Kumpulan A menyaksikan aksi di Istanbul itu wajib dimenangi The Red Devils untuk menghidupkan peluang mereka ke pusingan kalah mati berbaki satu perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Gatasaray menang 3-2 dalam aksi di Old Trafford bulan lalu dan mereka pastinya tidak akan memberikan keselesaan buat pasukan bimbingan Erik ten Hag itu menjelang kunjungan ke Rams Park.

Mengulas peluang United pada saingan tersebut Phelan berkata ia terpulang kepada para pemain untuk mencorakkan permainan mereka.

“Anda hanya perlu bermain seperti biasa. Tempat paling selamat buat anda adalah di atas padang.

“Di luar akan ada tekanan tetapi di atas padang, anda yang mengawalnya. Di atas padang, ia tentang apa yang anda lakukan, ia bukan ditentukan Galatasaray, ia tentang anda.

“Jika penguasaan bola bagus dan anda tidak membuat kesilapan, anda akan mengawal permainan, mengawal bola dan itu boleh membuatkan penyokong mereka senyap – jangan berikan mereka galakan,” katanya.