Uighur: Negara Islam perlu bersatu suarakan bantahan

Ahmad berucap pada himpunan aman membantah kezaliman kerajaan China ke atas Muslim Uighur di hadapan hampir 2,000 orang di Dataran Zero.
Ahmad berucap pada himpunan aman membantah kezaliman kerajaan China ke atas Muslim Uighur di hadapan hampir 2,000 orang di Dataran Zero.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Pas Kedah mendesak semua negara Islam termasuk Malaysia bersatu dan bersuara di peringkat antarabangsa bagi membantah kezaliman terhadap Muslim Uighur di China.

Pesuruhjayanya, Ahmad Yahaya berkata, sudah sampai masanya umat Islam bangkit menyuarakan bantahan terhadap kekejaman saudara Islam di seluruh dunia tanpa dibayangi kebimbangan kuasa besar dunia.

Menurutnya, kekuatan umat Islam akan dapat melumpuhkan kebimbangan dikenakan sekatan oleh kuasa besar sekiranya semua negara Islam bergabung.

“Kita tidak boleh harapkan kuasa besar mengalah, namun harus bangkit atas kekuatan umat Islam sendiri.

"Kami desak semua negara Islam termasuk Malaysia bersatu dan membela mana-mana umat Islam yang dizalimi di seluruh dunia termasuk di China,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan himpunan aman membantah kezaliman kerajaan China ke atas muslim Uyghur yang turut dihadiri hampir 2,000 orang di Dataran Zero di sini hari ini.

Sebahagian yang hadir menyatakan sokongan.
Sebahagian yang hadir menyatakan sokongan.

Ahmad berkata, pihaknya yakin bantahan umat Islam di peringkat antarabangsa terhadap isu itu tidak akan menggugat hubungan diplomatik mahupun perdagangan kerana ia dilakukan atas sifat kemanusiaan.

Artikel Berkaitan:

“Bersuaralah, kita tak boleh terima kekejaman terhadap umat Islam walau apa jua alasan.

"Penderitaan Muslim Uighur sudah lama berlaku, cuma disembunyikan daripada pengetahuan umum menyebabkan ia seolah-olah isu baharu berlaku,” katanya.

Menurutnya, sejak 1949 lagi, bukan sahaja penderaan mahupun seksaan fizikal dilakukan terhadap etnik berkenaan, malah sehingga membawa kepada pembunuhan.

“Malangnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hanya menyebut sekitar 1,000,000 Muslim Uighur dibunuh sedangkan dunia yakin bilangan itu jauh lebih besar.

"Umat Islam Uighur menderita dengan pelbagai kezaliman. Perlu diingat, di mana sahaja umat Islam berada, kita tetap bersaudara, 'cubit paha kiri, paha kanan terasa',” katanya.

Katanya, konsep Rahmatan Lil-A'lamin yang diuar-uarkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) patut dimanfaatkan dalam berdepan isu itu.

“Kita hidup dalam keadaan aman damai, kita wajar menyuarakan bantahan secara terbuka tanpa mengira agama atau keturunan, selain menghormati kemanusiaan sejagat,” katanya.