Thailand zahir penghargaan kepada Malaysia

Anwar (tiga dari kanan) dan delegasi Malaysia semasa pertemuan bersama Srettha (tiga dari kiri) dan delegasi Thailand di Sadao, pada Isnin.
Anwar (tiga dari kanan) dan delegasi Malaysia semasa pertemuan bersama Srettha (tiga dari kiri) dan delegasi Thailand di Sadao, pada Isnin.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin menzahirkan penghargaan kepada Malaysia kerana membantu rakyatnya yang menjadi tawanan dalam konflik yang berlaku di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan yang dihulurkan oleh negara ini dilakukan setakat mampu sahaja dan selebihnya atas kebijaksanaan Hamas dan Mesir yang membebaskan tawanan itu.

Menurutnya, ucapan terima kasih itu dizahirkan oleh Srettha dalam pertemuan tertutup dan lawatan sehari beliau di Sadao, Thailand pada Isnin.

"Saya kata kita hanya cuba setakat kemampuan kita, tetapi kebijaksanaan Hamas dan Mesir yang (telah) memberikan laluan kepada mereka (dibebaskan)," katanya pada sidang akhbar, di sini.

Terdahulu, anwar mengadakan lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao dan tapak titik pertemuan Projek Jajaran Jalan Menghubungkan pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini.

Laporan media tempatan Thailand melaporkan, tiga lagi rakyat negara itu yang menjadi tawanan di Gaza telah dibebaskan menjadikan jumlah keseluruhan tawanan yang dibebaskan sebanyak 17 orang.

Artikel Berkaitan: