Ancelotti puji pemain Real Madrid

Ancelotti - Foto EPA
Ancelotti - Foto EPA
A
A
A

JURULATIH Real Madrid, Carlo Ancelotti memuji aksi cemerlang anak-anak buahnya ketika membenam kelab bawahan Cadiz 3-0 dalam saingan La Liga awal pagi Isnin.

Kemenangan itu melonjakkan Real ke carta liga dengan kelebihan satu mata berbanding Girona yang kurang satu perlawanan.

Tiga mata tersebut penting buat Ancelotti yang melihat ia menjadi motivasi terbaik menjelang sambutan perayaan bulan depan.

“Kami mempunyai beberapa aksi amat penting hingga Krismas. Perlawanan ini memberikan saya keyakinan tinggi bagi saingan seterusnya.

“Ia satu detik penting. Dari awal musim kami bertindak amat bagus, pasukan sering kali kompetitif, kami menang banyak perlawanan,” ujar Ancelotti.

Dalam aksi di laman lawan itu, Rodrygo meledak dua gol, manakala Jude Bellingham turut mencatat nama selaku peledak menerusi satu jaringan.

“Rodrygo mencetus kelainan dalam perlawanan ini. Dia beraksi dengan mentaliti positif.

“Begitu juga Bellingham aksinya terbaik. Bahunya masih terasa sakit tetapi dia bermain dengan perlindungan. Dia mempamerkan aksi yang amat baik,” ujar Ancelotti.

Artikel Berkaitan:

Real akan melayan kunjungan juara Itali, Napoli pada pertembungan Kumpulan C Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ketika kelab gergasi Sepanyol itu sudah memastikan tempat ke pusingan kalah mati.