AMK lapor polis ancaman bunuh PM

Muhammad Kamil (dua kiri) mengadakan sidang media pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di PICC, Putrajaya pada Ahad.
Muhammad Kamil (dua kiri) mengadakan sidang media pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di PICC, Putrajaya pada Ahad.
A
A
A

PUTRAJAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial TikTok yang memuat naik hantaran ancaman bunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, laporan tersebut dibuat wakil AMK di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada jam 1.43 tengah hari tadi.

Ujar Muhammad Kamil, ini bukan kali pertama ancaman terhadap Perdana Menteri dibuat, namun memandangkan ugutan seperti itu dilakukan berulang-kali, ia seolah-olah dilihat mencabar pihak berkuasa.

Laporan polis yang dibuat oleh wakil AMK di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad.
Laporan polis yang dibuat oleh wakil AMK di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad.

"Dia secara terang-terangan membuat ugutan terhadap Perdana Menteri iaitu dengan menawarkan habuan sebanyak RM5 juta kepada sesiapan yang boleh membunuh beliau.

"Kalau kita tidak bingkas bangkit dan lakukan sesuatu dengan segera, kita bimbang ini akan membawa ke arah satu keadaan di mana orang tidak lagi ambil peduli atau sewenang-wenangnya, memungkinkan kita menuju ke arah radikal atau ekstremis.

"Justeru, kita meminta pihak polis untuk segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab," katanya pada sidang media di luar Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 pada Ahad.

Video ugutan itu bagaimanapun telah dipadamkan dari akaun pengguna media sosial tersebut.

Artikel Berkaitan: