Muay Thai Antarabangsa: Mohd Hafiz selesa merendah diri

Mohd Hafiz bertekad memberikan aksi terbaik menjelang Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam ini.
Mohd Hafiz bertekad memberikan aksi terbaik menjelang Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam ini.
A
A
A

PETINJU Black Owl Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Hafiz Idris selesa merendah diri menjelang pertemuan dengan petinju dari AKSL Muaythai Academy, Aqil Hazim pada Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam ini.

Ini kerana kata petinju berusia 27 tahun itu, lawannya seorang yang berpengalaman serta memiliki kemahiran tinggi dalam sukan tersebut sekali gus menjadi pertarungan yang mencabar buatnya.

Namun dia enggan mengalah dan memberi bayangan strategi yang bakal dipraktikkan untuk memerangkap lawannya pada pertembungan tersebut.

"Saya pernah tengok Aqil beraksi di gelanggang dan media sosial. Dia seorang petinju profesional dan memiliki skil individu yang hebat. Agak sukar untuk menang.

"Apa pun saya enggan mengalah dan tekad berusaha keras untuk mengatasinya bagi memburu gelaran dalam pertarungan ini," katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.

Mohd Hafiz yang menyertai sukan itu sejak 15 tahun sudah meraih 20 kali kemenangan, manakala Aqil telah merangkul 15 kali gelaran.

Beliau menjelaskan sudah bersedia daripada aspek fizikal dan mental setelah menjalani latihan bersama rakan sepelatih kelab Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur lebih sebulan lalu.

"Saya sudah berkira-kira taktik untuk berdepan lawan. Berhati-berhati pada pusingan pertama, sambil membaca gerak lawan. Ada peluang saya akan menyerang untuk mendapatkan mata dan berharap saya dapat meraih kemenangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!