X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki ditangkap ceroboh, ambil kayu secara haram

Pasukan Renjer Hutan berjaya menahan seorang lelaki dan merampas kayu jaras yang diambil secara haram. - Foto Jabatan perhutanan Perak
A
A

TAIPING - Jabatan Perhutanan Perak menahan seorang lelaki disyaki menceroboh dan mengambil kayu jaras bakau secara haram di Kompartmen 50, Hutan Simpan Sungai Limau di sini semalam.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan hari ini, lelaki tersebut ditahan oleh pasukan Pejabat Renjer Hutan Trong selepas melakukan risikan dan semakan di kawasan tersebut.

Menurutnya, suspek dipercayai menjalankan kerja-kerja penebangan membabitkan kawasan seluas kira-kira 1 hektar.

"Pasukan serbuan menemui satu sampan panjang berserta enjin bot jenama Yamaha Enduro 30HP, satu bot tongkang dengan nombor pendaftaran ATA00737K dan 400 batang kayu jaras.

"Kesemuanya telah disita untuk tindakan lanjut oleh pihak jabatan,” katanya.

Kompartmen 50, Hutan Simpan Sungai Limau seluas 1 hektar diceroboh seorang lelaki.
Kompartmen 50, Hutan Simpan Sungai Limau seluas 1 hektar diceroboh seorang lelaki.

Katanya, satu laporan dibuat di Balai Polis Trong dan suspek berkenaan sudah dilepaskan dengan jaminan polis.

"Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Unit Siasatan Seksyen Operasi dan Penguatkuasaan Hutan, Jabatan Perhutanan Perak.

"Suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984 dan dia juga boleh dituduh di bawah Seksyen 47 akta sama bagi kesalahan memasuki hutan tanpa permit," katanya.