Perang Gaza: Israel tanggung kos RM225 bilion

Kementerian Kewangan Israel telah menganggarkan peperangan itu akan merugikan entiti ekonomi berjumlah RM1.3 bilion sehari. - Foto Agensi
Kementerian Kewangan Israel telah menganggarkan peperangan itu akan merugikan entiti ekonomi berjumlah RM1.3 bilion sehari. - Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Kempen pengeboman ganas dilancarkan ke atas Genting Gaza sememangnya 'memakan diri' kerana ia mengakibatkan Israel terpaksa menanggung perbelanjaan berjumlah kira-kira 180 bilion shekel (RM225 bilion) pada 2023-24.

Anggaran kos tersebut diumumkan penasihat kewangan di Tel Aviv, Leader Capital Markets.

"Israel mungkin terpaksa menanggung dua pertiga daripada kos keseluruhan manakala bakinya ditanggung Amerika Syarikat (AS)," ujar firma itu.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan Israel telah menganggarkan peperangan itu akan merugikan entiti ekonomi berjumlah AS$270 juta (RM1.3 bilion) sehari.

Rejim Tel Aviv telah menjual 18.7 bilion shekel (RM23.4 bilion) bon tempatan sejak konflik itu bermula pada 7 Oktober lalu berbanding purata bulanan lebih 5 bilion shekel (RM6.3 bilion) hingga bulan September.

Laporan baru-baru ini juga menyebut Israel turut mengeluarkan hutang antarabangsa dalam mata wang yen, euro dan dolar melalui Goldman Sachs Group walaupun ia masih mengharapkan pasaran domestik untuk menyerap sebahagian besar keperluan pembiayaannya. - Agensi

Artikel Berkaitan: