Pasaran getah ditutup tinggi disebabkan sentimen positif

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PASARAN getah Malaysia ditutup tinggi hari ini apabila sentimen pasaran meningkat selepas China terus mengeluarkan langkah-langkah rangsangan bagi memajukan ekonomi di tengah-tengah prospek yang menggalakkan untuk data jualan kenderaan Amerika Syarikat (AS) pada November.

Seorang peniaga berkata bagaimanapun, keuntungan seterusnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dan kejatuhan dalam penanda aras harga minyak mentah di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai hala tuju kadar faedah AS pada masa hadapan.​

"Laporan daripada perunding industri menunjukkan jualan kenderaan baharu di AS dijangka meningkat pada November, memandangkan permintaan untuk model-model terbaharu kekal kukuh dan inventori meningkatkan jualan kenderaan baharu AS, termasuk transaksi runcit dan bukan runcit, dianggarkan mencapai 1.24 juta unit pada November, melonjak 10.2 peratus dari tahun sebelumnya,” kata peniaga itu.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) dan susu getah pukal masing-masing naik satu sen sekilogram kepada 680 sen sekilogram dan 546 sen sekilogram.

"Ini adalah kali pertama dalam empat bulan, walaupun pengukuhan yen telah mengehadkan kenaikan," tambahnya.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal GMM 20 berada pada 682 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 546 sen sekilogram. - Bernama

Artikel Berkaitan: