Sultan Selangor lancar e-Khutbah Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah. Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sultan Sharafuddin Idris Shah. Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu kenyataan pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan laman web Khutbah Selangor (e-Khutbah) mengandungi semua teks khutbah diterbitkan oleh Jabatan Agama lslam Selangor (JAIS).

Laman web itu terdiri daripada koleksi khutbah dibaca pada setiap Jumaat, Hari Raya ldul Fitri, Hari Raya ldul Adha dan Solat Sunat Gerhana dan ia menghimpunkan koleksi 23 tahun khutbah-khutbah bertulisan jawi dan rumi.

Dalam pada itu, e-Khutbah Selangor ini turut mengandungi menu untuk carian teks khutbah dan multimedia berbahasa Inggeris.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda berpandangan bahawa khutbah sangat penting sebagai medium Ulil Amri untuk menyampaikan ajaran agama Islam dengan tepat dan bertanggungjawab.

"Khutbah adalah medium masyarakat bagi menambah ilmu, kefahaman tentang prinsip-prinsip dan perlaksanaan agama lslam berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak.

"Khutbah turut berperanan memberi pendekatan yang dituntut oleh Islam terhadap isu dan permasalahan semasa yang berlaku," titah baginda dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, khutbah juga adalah media dakwah lisan yang sangat luas liputannya.

Baginda turut mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerja-kerja dijalankan oleh Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor serta berpuas hati dan berbangga dengan mutu khutbah dihasilkan.

Artikel Berkaitan:

Malah baginda turut mengharapkan penghasilan khutbah yang berkualiti ini dapat diteruskan.

"Beta yakin dengan adanya laman web ini, khutbah yang disiarkan akan menjadi bahan bacaan dan panduan yang dapat dirujuk oleh para ilmuan, guru, pelajar dan pendakwah.

"la juga boleh dibaca oleh mereka yang tidak berkesempatan bersolat Jumaat di negeri Selangor atas sebab-sebab tertentu, wanita islam dan masyarakat awam," titah Sultan Selangor.

Dalam pada itu, orang ramai boleh membaca khutbah-khutbah yang dimuat naik di laman web ini

dengan melayari e-khutbah.jais. gov.my.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!