Wan Ahmad Fayhsal dicabar beri penyelesaian

Sivaraj, Wan Ahmad Fayhsal
Sivaraj, Wan Ahmad Fayhsal
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dicabar untuk memberi penyelesaian alternatif ekonomi bagi meyakinkan rakyat bukan Melayu.

Ahli Dewan Negara, Datuk C Sivaraj berkata, setakat ini beliau tidak melihat sebarang cadangan atau penyelesaian alternatif dari pihak pembangkang.

"Saya cabar beliau untuk mencadangkan penyelesaian alternatif yang praktikal bagi meyakinkan rakyat bukan Melayu bahawa PN mempunyai penyelesaian yang konkrit," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Sivaraj berkata, beliau 'terpegun' dengan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang bahawa penyokong bukan Melayu akan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menyelesaikan masalah ekonomi.

"Peningkatan kos sara hidup, barangan keperluan dan kedudukan semasa nilai ringgit bukan hanya membimbangkan masyarakat Melayu sahaja.

"Saya yakin kerajaan sedang mengusahakan strategi untuk menstabilkan keadaan dengan sebaik mungkin," katanya.

Tambah bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands itu, rakyat sudah muak dengan kenyataan politik sebegitu lebih-lebih lagi apabila pembangkang memainkan retorik agama dan kaum berbanding cadangan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang melingkari rakyat.

"Lagipun beliau kena arif bahawa masalah yang dihadapi oleh negara adalah disebabkan faktor geopolitik dan global yang mempengaruhi serantau Asia dan dunia," katanya.

Artikel Berkaitan: