Ancaman bom: KPM beri jaminan keselamatan

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama erat Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan di kesemua institusi di bawah kelolaannya.

Menerusi kenyataan pada Rabu, kementerian itu berkata, pihaknya mengambil serius mengenai ancaman bom di beberapa buah sekolah seperti dilaporkan.

"KPM memandang serius isu ini dan sentiasa mengutamakan keselamatan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan," kata kementerian itu.

Tambah KPM, semua institusi pendidikan diminta untuk mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.

"Sebarang ancaman keselamatan perlu dilaporkan segera kepada PDRM dan kementerian selain perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"KPM komited memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kebajikan guru, murid dan seluruh warga terpelihara," katanya.

Polis pada Selasa menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu di beberapa sekolah kelolaan KPM, sekolah antarabangsa dan sekolah swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, tujuh laporan diterima di Selangor selain Kuala Lumpur (lima laporan) ; Johor (tiga laporan) ; Pulau Pinang (dua laporan); Negeri Sembilan dan Perak (satu laporan) setakat 6 petang ini.

Artikel Berkaitan: