Ahmad Zahid dalam tempoh berehat sebelum kembali bertugas

Ahmad Zahid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau selepas menjalani pembedahan baru-baru ini. - Foto FB Zahid Hamidi
Ahmad Zahid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau selepas menjalani pembedahan baru-baru ini. - Foto FB Zahid Hamidi
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan oleh doktor untuk berehat sebelum kembali bertugas.

Ia susulan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjalani pembedahan baru-baru ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis, Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

"Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan. Semoga ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan serta menempatkan kita semua dalam rahmat dan kasihNya. Amin," katanya.

Ahad lalu, anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah mengesahkan bapanya sihat selepas menjalani prosedur pembedahan.

Artikel Berkaitan: