'Alhamdulillah abah sihat' - Nurul Hidayah

Nurul Hidayah (kiri) amat menghargai keprihatinan dan doa daripada semua pihak mengenai kesihatan bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Nurul Hidayah (kiri) amat menghargai keprihatinan dan doa daripada semua pihak mengenai kesihatan bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baik, selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan Khamis lepas.

Anak Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah yang memaklumkan perkembangan itu dalam catatan di Instagram pada Ahad berkata, beliau amat menghargai keprihatinan dan doa daripada semua pihak.

"Alhamdulillah abah saya sihat setelah menjalani satu prosedur pembedahan pada hari Khamis lepas, yang seharusnya dilakukan lebih awal lagi, (namun tidak dapat) kerana kekangan masa dan jadual yang padat.

"Bagi kami sekeluarga, inilah masa yang sebaiknya kami gunakan untuk bersama menyantuni abah, menjadi sumber semangat abah untuk kembali pulih dan sihat agar dapat meneruskan khidmat kepada negara,” katanya.

Nurul Hidayah berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mempunyai semangat juang yang tinggi.

"Semoga segala pengorbanan dan perkhidmatan abah kepada agama, masyarakat dan negara keseluruhannya selama ini, Allah gantikan dengan pahala yang berlipat ganda,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih.

Semalam tular di media sosial mengenai kesihatan Ahmad Zahid. - Bernama

Artikel Berkaitan: