Sime Darby bertemu penduduk isu pembangunan Bukit Jelutong

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Sime Darby Berhad (Sime Darby) akan mengadakan sesi perbincangan bersama Penduduk Taman Bukit Jelutong (BJRA) bagi menangani kebimbangan mereka dan mencari penyelesaian berhubung isu pembangunan projek Tiara Residence.

Sime Darby dalam kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya sedang mengkaji dan meneliti cadangan pembinaan tersebut atas maklum balas penduduk setempat.

“Kami menghargai maklum balas dan mengambil kira maklumat diberikan penduduk BJRA.

“Penduduk dan pihak berkepentingan akan dirujuk sebagai sebahagian daripada proses perbincangan berkenaan,” katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan lebih 1,000 BJRA berhimpun mendesak projek pembangunan 425 unit rumah atas padang golf berkeluasan 28 hektar itu agar tidak diteruskan.

Pengerusi Persatuannya, Zien Hashim berkata, bantahan tersebut sebagai ikhtiar penduduk bagi mempertahankan peninggalan kawasan hijau terakhir dalam komuniti mereka yang mahu diubah menjadi hutan konkrit.

Menurut Sime Darby, pihaknya memahami tanggungjawab tersebut dan akan terus mencari segala penyelesaian yang ada demi kepentingan semua pihak terlibat.

“Kami juga sedar perkara ini memerlukan perancangan teliti dan tindakan yang tuntas,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: