SkyWorld menang anugerah The Edge

Chee Seng (tiga dari kiri) menerima Anugerah Kecemerlangan Perumahan Bandar Mampu Milik The Edge Malaysia 2023 yang diadakan dalam satu majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Chee Seng (tiga dari kiri) menerima Anugerah Kecemerlangan Perumahan Bandar Mampu Milik The Edge Malaysia 2023 yang diadakan dalam satu majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemaju bandar SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) memenangi The Edge Malaysia Property Excellence Awards 2023 selepas SkyAwani 3 Residences memenangi The Edge Malaysia Affordable Urban Housing Excellence Award 2023, baru-baru ini.

Ini adalah tahun kedua berturut-turut syarikat itu memenangi anugerah tersebut dan SkyWorld juga memperoleh kedudukan 13 teratas yang diimpikan di The Edge Malaysia Top Property Developers Awards 2023.

Ia merupakan kedudukan tertinggi yang telah dicapai syarikat sejak penyertaan pertamanya pada tahun 2020.

Chee Seng (empat dari kiri) bersama kakitangan SkyWorld pada The Edge Malaysia Top Property Developers Awards 2023.
Chee Seng (empat dari kiri) bersama kakitangan SkyWorld pada The Edge Malaysia Top Property Developers Awards 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld Development Berhad, Lee Chee Seng berkata, syarikat berbesar hati menerima anugerah daripada The Edge kerana ia adalah bukti SkyWorld untuk menyampaikan produk berkualiti tanpa mengira harga, sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada orang ramai.

“Anugerah ini mengukuhkan lagi usaha kami sebagai pemaju hartanah bandar yang terkenal dan memberi tumpuan kepada menyediakan pengalaman ‘SkyLiving’ yang berkualiti selaras dengan visi kami,” katanya dalam satu kenyataan.

SkyAwani 3 Residences menawarkan 1,905 unit kediaman yang terletak di tiga menara 52 tingkat. Blok A menawarkan 673 unit manakala blok b &c menawarkan 680 dan 552 unit masing-masing.

Artikel Berkaitan:

SkyAwani 3.
SkyAwani 3.

Sebagai sebahagian daripada komitmen SkyWorld terhadap kualiti, semua perkembangannya diserahkan kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk Sistem Penilaian Kualiti dalam pembinaan (QLASSIC) dengan SkyAwani 3 Residences mencapai skor tinggi 79 peratus.