Cabaran Piala Pra U 2023 lebih sengit

Pekan bersama wakil pasukan semasa sidang akhbar Piala Pra U pada Selasa.
Pekan bersama wakil pasukan semasa sidang akhbar Piala Pra U pada Selasa.
A
A
A

LAPAN pasukan akademi bola sepak menyahut cabaran kejohanan Piala Pra U 2023 sekali gus menjanjikan saingan lebih sengit edisi ketiga yang menyingkap tirai pada 25 November hingga 30 November depan.

Menurut Pengarah Projek Piala Pra U, Datuk Dr Pekan Ramli, kejuaraan yang pertama kali disertai lapan pasukan akademi itu bertujuan menyediakan pentas kompetitif kepada pemain remaja negara.

Selain itu secara tidak langsung membuka ruang kepada pemain-pemain menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai pilihan alternatif sekiranya tidak ditawarkan oleh pasukan atau kelab Liga Malaysia (Liga-M).

“Tidak semua pemain-pemain akademi bola sepak ini nanti ditawarkan pasukan atau kelab bola sepak untuk Liga Malaysia.

“Ramai yang akan terpinggir. Lima tahun di akademi takkanlah ini penyudahnya. Jadi kita sediakan platform ini supaya mereka sambung belajar di IPT guna laluan khas sukan, belajar dan teruskan main bola,” katanya.

Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) merupakan juara dua tahun berturut-turut kejohanan tersebut kejohanan yang bakal berlangsung di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang.

Sebagai rekod, kejuaraan Piala Pra U merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN).


INFO

Artikel Berkaitan:

Piala Pra U 2023

Akademi Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT)

Akademi Bolasepak Sime Darby

Akademi Bolasepak Penang Panther

Mutiara Impian (Pulau Pinang)

Akademi Mokhtar Dahari (AMD)

Akademi Bolasepak Felda (ABS)

Akademi Bolasepak Majlis Sukan Negeri Terengganu (ABMSNT)

Pasukan Bolasepak Universiti Malaysia (MUFT)