Sesi pembelajaran terhenti, bilik darjah dinaiki air

Keadaan dalam bilik darjah yang dinaiki air.
Keadaan dalam bilik darjah yang dinaiki air.
A
A
A

KOTA BHARU - Sesi pembelajaran murid di sebuah sekolah di sini hanya sempat berlangsung lebih sejam sebelum terhenti akibat bilik darjah dinaiki air sedalam lebih 0.3 meter pada Isnin.

Kejadian berlaku berikutan hujan berterusan selama empat hari di daerah ini bermula pada Jumaat.

Seorang bapa, Johari Abd Rahman, 51, berkata, dia menghantar anaknya yang belajar di Tahun Tiga sekolah berkenaan pada jam 7 pagi untuk mengikuti sesi persekolahan yang bermula pada 7.45 pagi.

Kawasan persekitaran sekolah yang terjejas akibat banjir.
Kawasan persekitaran sekolah yang terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun katanya, pada jam 9 pagi, dia menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah yang meminta supaya datang mengambil anak kerana bimbang air semakin naik.

“Dari laluan masuk bermula di pagar sekolah, kawasan padang dan bilik darjah sudah dinaiki air.

Ibu bapa hadir mengambil anak masing-masing selepas sekolah dinaiki air.
Ibu bapa hadir mengambil anak masing-masing selepas sekolah dinaiki air.

“Atas faktor keselamatan, ibu bapa dan penjaga datang mengambil anak masing-masing dan dibawa pulang,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Ujar lelaki itu, kebiasaan pada musim tengkujuh, sekolah berkenaan akan banjir, namun kali ini berlaku lebih awal semasa sesi persekolahan masih berjalan.

Pekarangan sekolah dinaiki air sedalam 0.3 meter.
Pekarangan sekolah dinaiki air sedalam 0.3 meter.

“Tahun lepas banjir tetapi ketika itu murid-murid sedang cuti persekolahan.

“Kali ini banjir awal dan ibu bapa masih belum lagi menghantar anak-anak ke sekolah pada hari ini (Selasa) kerana keadaan belum pulih,” katanya.