Piala 3V3 TotalEnergies x Li-Ning berakhir dengan cemerlang

Pemenang badminton Piala 3V3 TotalEnergies x Li-Ning bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.
Pemenang badminton Piala 3V3 TotalEnergies x Li-Ning bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.
A
A
A

SHAH ALAM - TotalEnergies Malaysia (TotalEnergies) bersama Li-Ning Malaysia telah mengakhiri Piala 3V3 TotalEnergies x Li-Ning pertama mereka dengan cemerlang dan pemenang berjaya membawa pulang wang tunai dan barang eksklusif berjumlah RM150,800.

Grand finale itu telah menghimpunkan 31 pasukan dari Kuala Lumpur, Johor, dan Pulau Pinang yang bersaing selama dua hari pada 18 hingga 19 November di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan TotalEnergies Marketing Malaysia, Jennifer Li berkata, pertandingan Piala 3V3 TotalEnergies x Li-Ning mendapat sambutan yang memberangsangkan dan TotalEnergies merancang untuk terus menganjurkan dan pastinya kejohanan kedua akan diadakan pada tahun depan.

"Ciri-ciri badminton sebagai sukan sejajar dengan nilai teras TotalEnergies dan kami berharap dapat memberi tenaga kepada kehidupan dan komuniti melalui sokongan kami terhadap sukan ini.

“Kami berterima kasih Li-Ning Malaysia yang merupakan penggerak di sebalik kejayaan piala badminton ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, komitmen mereka mempromosikan kecemerlangan sukan serta budaya persaingan dan kesukanan yang sihat adalah satu yang patut dicontohi.

“Kami berharap dapat menyumbang kepada serta menyaksikan pertumbuhan dan kejayaan berterusan badminton Malaysia pada tahun akan datang bersama Li-Ning Malaysia," tambah Li.

Dalam pertandingan itu, bagi kategori Lelaki bawah 30 dimenangi oleh GLS Team - Mohd Amirul, Mohd Zahir, Ooi Zi Heng, kategori Lelaki atas 30 pula dimenangi oleh Team Hou Hooi - Hong Chieng Hun, Ng Kean Kok, Chow Pak Chuu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, kategori Berpasukan Campuran Terbuka dimenangi oleh Muar Star BC - Sim Han Min, Tan Chew Peng, Quah Aan Yang.

Bagi kategori Berpasukan Hiburan Campuran dimenangi oleh GLS Team - Ooi Zi Heng, Mohd Amirul, Lee Kai Xun.

Tan Boon Heong dan Goh Liu Ying telah hadir memberikan sokongan pada Grand Finale itu.

Majlis penutup Piala 3V3 TotalEnergies x Li-Ning 2023 telah dirasmikan oleh Pengarah Sunlight Sports, Datuk Seri Sam Soh dan Ketua Pembangunan Perniagaan Li-Ning Malaysia, Simon Soh.