Henti jadikan Enakmen Syariah Kelantan permainan politik

No Image Caption
A
A
A

WAKIL rakyat dan penyokong tegar parti tidak sepatutnya menggunakan isu petisyen mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 sebagai satu permainan politik.

Hal ini telah menjadi perbualan di media sosial susulan beberapa ahli Parlimen pembangkang tidak hadir ke Sidang Dewan Rakyat pada sebelah pagi kerana menghadiri Himpunan Selamatkan Syariah di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Menerusi satu hantaran di laman sosial X milik Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan memaklumkan pada jam 10.50 pagi masih tidak kelihatan ahli Parlimen pembangkang memasuki Dewan Rakyat.

Pun begitu, hantaran berkenaan mendapat perhatian penyokong tegar parti Perikatan Nasional (PN) yang mempertikai tindakan ahli Parlimen dari blok kerajaan kerana tidak turun bersama-sama menyertai himpunan tersebut.

Bagaimanapun, ada juga pengguna media sosial lain yang turut menyelar tindakan ahli Parlimen pembangkang kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk menghadiri persidangan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjelaskan ketidakhadiran kebanyakan ahli Parlimen PN adalah kerana menghadiri Himpunan Selamat Syariah sebagai tanda solidariti dan sokongan.

Pada pendapat penulis, ahli Parlimen perlu mengetahui keutamaan dalam melaksanakan tugas kerana rakyat telah memberi mandat dan kepercayaan kepada mereka untuk membincangkan isu berkaitan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia.

Tidak salah untuk bersama bersolidariti mempertahankan syariah tetapi membiarkan Dewan Rakyat tanpa ada seorang ahli Parlimen merupakan satu tindakan yang tidak patut dilakukan oleh seorang wakil rakyat.

Artikel Berkaitan:

Bukan itu sahaja, turut dinasihatkan agar mana-mana pihak menghormati sistem kehakiman negara dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membangkitkan salah faham kepada institusi berkenaan.