MOM jangan melatah - Suhardi

SUHARDI
SUHARDI
A
A
A

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) dinasihatkan tidak melatah sehingga mendesak Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, campur tangan berhubung isu rakaman audio perbincangan tertutup Pesuruhjaya Sukan (PJS) bersama Persatuan Tadbir Urus Sukan Elektronik Malaysia (MEGA) dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) baru-baru ini.

Itu nasihat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, yang tidak mahu mengulas lanjut kenyataan terbaru MOM berhubung perkara tersebut kerana kes berkenaan dalam siasatan pihak polis.

Namun tegas bekas Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu, pihaknya bersedia mengadakan pertemuan dengan badan induk persatuan sukan kebangsaan tersebut.

“Kita yakin polis akan menjalankan siasatan, dan masa ini merupakan masa, terbaik kepada semua pihak untuk bertenang kurangkan keresahan berikutan tekanan yang timbul hasil daripada penyebaran audio klip secara salah ini.

“Saya minta semua pihak ambil iktibar daripada perkara yang berlaku kerana penyebaran audio klip telefon pintar ini, tertakluk kepada undang-undang SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) Seksyen 233.

“Kita cuba elakkan daripada ambil tindakan sedemikian dan MOM sebagai badan induk perlu bertenang, jika tidak bersalah, kenapa perlu melatah dan mengambil tindakan gelojoh. Kita akan panggil MOM untuk membincangkan perkara ini,” kata pada Isnin.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib pada Isnin dalam satu kenyataan minta Hannah campur tangan isu PJS yang didakwa berterusan mengugut untuk mengambil tindakan terhadap badan induk Olimpik kebangsaan tersebut di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

Artikel Berkaitan: