Mohammad Agus hadir beri keterangan video tular

Mohammad Agus (tengah) hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Isnin.
Mohammad Agus (tengah) hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Isnin.
A
A
A

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk memberi keterangan berhubung video perbualan songsang yang dikaitkan dengan beliau dan seorang penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Mohammad Agus tiba kira-kira jam 2 petang dengan menaiki kenderaan Toyota Estima dan ditemani dua peguam.

Mohammad Agus (tengah) tiba kira-kira jam 2 petang pada Isnin.
Mohammad Agus (tengah) tiba kira-kira jam 2 petang pada Isnin.

Beliau yang dilihat berpakaian kemeja biru melambai ke arah media yang berkumpul di hadapan IPD Kajang pada Isnin.

Sebelum ini, Mohammad Agus dan Abdul Wahab ketika sidang akhbar pada Jumaat menafikan video tular tersebut merupakan perbualan yang berbaur lucah kerana mendakwa kandungan asal adalah rakaman tanpa audio.

Mohammad Agus (tengah) tiba kira-kira jam 2 petang di IPD Kajang ditemani dua peguam.
Mohammad Agus (tengah) tiba kira-kira jam 2 petang di IPD Kajang ditemani dua peguam.

Abdul Wahab berkata, video berdurasi tiga minit itu merupakan kandungan yang disunting dan komplot seorang individu bergelar Mr H untuk menjatuhkan kredibiliti, imej serta maruah Mohammad Agus.

Berikutan itu, Mohammad Agus telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan: