14 maut pesawat terhempas di Kazakhstan

Sebuah pesawat milik Bek Air kehilangan altitud sejurus berlepas lalu terhempas di sebuah bangunan dua tingkat. - Foto Hamadi Aram/Twitter
Sebuah pesawat milik Bek Air kehilangan altitud sejurus berlepas lalu terhempas di sebuah bangunan dua tingkat. - Foto Hamadi Aram/Twitter
A
A
A

ALMATY - [DIKEMASKINI] Sekurang-kurangnya 14 maut apabila sebuah pesawat penumpang membawa 100 orang terhempas di sebuah rumah sejurus berlepas dari bandar terbesar Kazakhstan hari ini, kata pihak berkuasa.

Menurut kenyataan pihak berkuasa lapangan terbang, pesawat Bek Air hilang dari radar beberapa minit sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty pada jam 7.05 pagi (waktu tempatan) dalam perjalanan menuju ibu negara Kazakhstan, Nur-Sultan.

"Terdapat 14 mangsa maut di lokasi nahas," kata kerajaan bandar dalam satu kenyataan dihantar menerusi aplikasi Telegram.

Kenyataan menambah, 17 mangsa parah dirawat di hospital termasuk sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak.

Video dikeluarkan jawatankuasa kecemasan Kazakhstan menunjukkan bahagian depan pesawat melanggar sebuah rumah separa runtuh dan kru penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa.

Pekerja penyelamat dilihat memasuki tingkap bahagian kokpit yang hancur sementara pekerja kecemasan berkumpul di lokasi kejadian.

Presiden, Kassym-Jomart Tokayev berjanji memberikan pampasan kepada keluarga mangsa dan berkata, pihak yang bertanggungjawab akan dihukum mengikut undang-undang.

Tokayev turut memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan bagi menyiasat tragedi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Pada bulan Mac lalu, sebuah pesawat Fokker-100 Bek Air membawa 116 penumpang membuat pendaratan cemas di lapangan terbang antarabangsa di ibu negara selepas gear pendaratan gagal berfungsi. Tiada penumpang dan kru dilaporkan cedera.

Kementerian Industri Kazakhstan hari ini memaklumkan model pesawat Fokker-100 akan digantung hingga punca insiden diketahui. - AFP