‘Integriti anggota keselamatan perlu diberi penekanan serius’- Lam Thye

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye
A
A
A

SHAH ALAM - Penyampaian mesej berkaitan integriti kepada anggota daripada agensi keselamatan perlu diberi penekanan serius daripada peringkat awal sebelum mereka memulakan tugas.

Ia bertujuan bagi menerapkan aspek kejujuran, amanah dan antirasuah yang seharusnya ditanam dalam setiap identiti jabatan mahupun agensi kerajaan.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia selaras dengan aspirasi kerajaan yang ingin membanteras isu rasuah daripada terus berleluasa.

“Mesej berkaitan integriti adalah selaras dengan hasrat kerajaan dan dapat menghindar persepsi buruk masyarakat terhadap anggota penguat kuasa di negara ini.

“Setiap anggota keselamatan perlu menanam sikap antirasuah bagi menambah baik imej dan kredibiliti jabatan atau agensi kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada 17 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan semua pelatih yang memulakan karier sebagai pegawai polis agar menjauhkan diri daripada segala bentuk salah laku dan gejala rasuah.

Menurutnya, setiap anggota perlu patuh kepada undang-undang negara dan perintah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, Lam Thye turut mencadangkan, anggota penguat kuasa meningkatkan tahap komunikasi mereka bersama orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, dengan menguasai pelbagai bahasa, setiap anggota keselamatan mampu menjalankan tugas dengan lebih baik.

“Anggota keselamatan yang bertugas dan berdamping dengan masyarakat perlu meningkatkan tahap komunikasi dengan lebih baik.

“Jika mereka boleh menguasai lebih daripada satu bahasa, sudah tentu setiao anggota berupaya menjalankan tugas dengan lebih sempurna,” katanya.