Loga Bala pemangku Presiden MyPPP, susulan kematian Maglin

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan akan memegang jawatan Pemangku Presiden parti itu berikutan kematian Presidennya, Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz pada Jumaat.

Setiausaha Agung, MyPPP Datuk Inder Singh Beant Singh berkata, Loga akan menjadi pemangku presiden berdasarkan Perkara 9.10 perlembagaan parti itu yang menetapkan bahawa naib presiden kanan akan bertindak sebagai presiden sekiranya jawatan itu kosong.

Beliau berkata, mengikut Perkara 9.3 perlembagaan yang sama, ia berkuat kuasa hingga perhimpunan agung diadakan bagi memilih presiden baharu.

"Dengan pemergian Maglin secara mengejut pada 17 November, Loga Bala akan memegang jawatan pemangku presiden hingga diberitahu kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Inder Singh, dalam kenyataan berasingan berkata, mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Maglin boleh hadir ke Wisma MyPPP pada Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang dan 20 November dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Maglin meninggal dunia tengah malam Jumaat pada usia 67 tahun - Bernama

Artikel Berkaitan: