Lindelof tak faham kenapa United dikritik

Lindelof (kiri) dan Harry Maguire (kanan) ketika perlawanan menentang Luton Town baru-baru ini. - Foto EPA
Lindelof (kiri) dan Harry Maguire (kanan) ketika perlawanan menentang Luton Town baru-baru ini. - Foto EPA
A
A
A

VICTOR Lindelof mengakui tidak memahami alasan Manchester United dikritik dengan teruk sedangkan pasukan itu berada di kedudukan yang tidak jauh daripada empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Permulaan United pada musim 2023/24 tidak seperti yang diharapkan apabila pasukan itu sudah tewas lima kali dalam 12 perlawanan EPL.

The Red Devils hanya berjaya meraih tujuh kemenangan dan mereka kini berada di kedudukan keenam EPL dengan 21 mata dibezakan empat mata dengan Tottenham Hotspur di kedudukan keempat.

Situasi itu bertambah buruk kerana United sudah tersingkir daripada Piala Liga Inggeris selain mempunyai peluang yang samar dalam saingan Liga Juara-Juara selepas berada di kedudukan terbawah Kumpulan A dengan baki dua perlawanan.

Lindelof percaya United tidak beraksi terlalu teruk seperti yang dikecam oleh sesetengah pihak.

"Setakat ini memang sukar dan ada naik turun, kami tidak mencapai tahap yang kami inginkan.

"Saya memahami memang banyak perkara yang ditulis tentang sebuah kelab seperti Manchester United.

"Pasukan lain dipuji kerana permulaan mereka musim ini, tetapi kami hanya tertinggal empat atau lima mata. Saya tidak faham kerana prestasi kami tidak terlalu teruk tetapi sudah tentu tidak berada pada tahap yang diharapkan," kata pemain pertahanan United itu.

Artikel Berkaitan: