UMK, universiti Jepun kukuh kerjasama

Dr Razli (tengah) menandatangani MoU di Kota Bahru pada Jumaat.
Dr Razli (tengah) menandatangani MoU di Kota Bahru pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengukuhkan kerjasama dengan Kyushu University (KU) di Jepun bagi manfaat bidang akademik merangkumi penyelidikan, mobiliti penuntut dan staf.

Naib Cancelor UMK, Profesor Datuk Dr Razli Che Razak berkata, hubungan oleh kedua-dua universiti itu sudah lama terjalin bermula tahun 2018.

Menurut beliau, hasil kerjasama tersebut menghasilkan sebanyak tujuh artikel jurnal berimpak tinggi termasuk perkongsian sumber melibatkan pertukaran sampel serta perkhidmatan analisis.

“Kerjasama terbaharu ini akan dimantapkan lagi merangkumi pertukaran pelajar, penerokaan ruang usaha sama baharu dan perkongsian sumber seperti fasiliti, bahan serta dana penyelidikan.

Pihak UMK dan KU bertukar cenderamata.
Pihak UMK dan KU bertukar cenderamata.



“UMK optimis peluang ini akan memberikan manfaat kepada penuntut, pensyarah dan kakitangan universiti-universiti,” katanya dalam satu kenyataan selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kedua-dua universiti itu di sini pada Jumaat.

KU diwakili oleh Dekan Fakulti Pertanian, Kyushu University, Profesor Dr Miki Nakao.

Majlis disaksiakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts Dr Arham Abdullah dan Pengarah Pejabat Antarabangsa Kyusyu University, Profesor Dr Igura Noriyuki.

Artikel Berkaitan:

Pihak UMK dan KU bergambar selepas selesai majlis.
Pihak UMK dan KU bergambar selepas selesai majlis.

Menurut Dr Razli, KU antara universiti yang direkodkan berada pada kedudukan teratas dan di antara universiti terbaik di Jepun.

Katanya, KU mempunyai reputasi yang amat baik di dunia yang dapat memberikan kelebihan kepada penyelidik UMK dan akses kepada fasiliti, infrastruktur serta teknologi.

“Melalui kerjasama kami ini dapat meningkatkan reputasi dan keterlihatan penyelidik UMK melalui penerbitan dalam jurnal-jurnal berimpak tinggi.

“Pada lawatan kerja ini turut diadakan satu seminar pendek mengenai UMK dan perhutanan, industri perhutanan dan kayu di Malaysia yang dihadiri oleh profesor, penyelidik dan pelajar KU,” ujar beliau.