Pelajar maut motosikal bertembung kereta

Remaja 13 tahun maut dalam satu kemalangan di persimpangan berhampiran Stesen minyak Petronas, Jalan Sungai Soi di Kuantan pada petang Jumaat. - Foto Polis Kuantan
Remaja 13 tahun maut dalam satu kemalangan di persimpangan berhampiran Stesen minyak Petronas, Jalan Sungai Soi di Kuantan pada petang Jumaat. - Foto Polis Kuantan
A
A
A

KUANTAN - Seorang remaja lelaki maut dalam satu kemalangan di persimpangan berhampiran Stesen minyak Petronas, Jalan Sungai Soi di sini, petang, Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa berusia 13 tahun yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian itu membabitkan sebuah motosikal dengan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 25 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa secara tiba-tiba keluar dari simpang di sebelah kiri dan bertembung dengan kereta yang sedang bergerak lurus.

"Akibat daripada kemalangan tersebut mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk akibat pelanggaran itu. - Foto Polis Kuantan
Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk akibat pelanggaran itu. - Foto Polis Kuantan

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca dari mangsa dikatakan gagal memastikan keadaan selamat sebelum keluar dari simpang sehingga menyebabkan kemalangan berlaku," katanya pada Jumaat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan persimpangan tiga dan jalan dua lorong dua hala.

"Terdapat garisan putih berkembar sebagai pembahagi jalan, jalan kering, keadaan cuaca baik dan kemalangan berlaku pada waktu petang," katanya.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.