Amal 12 sunnah ini sentiasa, besar nilainya di sisi ALLAH

PERBUATAN sunnah tidak sekadar hanya memfokuskan kepada ibadah semata-mata, tetapi juga termasuk pada akhlak dan adab. -Foto: 123rf
PERBUATAN sunnah tidak sekadar hanya memfokuskan kepada ibadah semata-mata, tetapi juga termasuk pada akhlak dan adab. -Foto: 123rf
A
A
A

TIDAK lengkap rasanya kehidupan sebagai Muslim andai kita meninggalkan sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Benar, kita sudah tunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, berzakat atau menunaikan haji, tetapi tiada salahnya andai kita mahu mengembangkan amalan-amalan sunnah lain dalam kehidupan seharian.

Mengertilah, sekecil apa pun kebaikan yang dilakukan, pasti akan ada nilai di sisi ALLAH SWT.

Memetik sebuah tulisan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ahli hadis dan usul bersepakat mendefinisikan sunnah sebagai setiap perkara yang disandarkan kepada Rasulullah SAW.