ZUS Coffee, HYPE jayakan ‘The Future Is Now’

Antara koleksi 'The Future Is Now' yang diperagakan.
Antara koleksi 'The Future Is Now' yang diperagakan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenama pakaian terkenal, HYPE menjalin kerjasama kali kedua dengan rangkaian kopi teknologi Malaysia, ZUS Coffee untuk menjayakan 'The Future Is Now'.

ZUS Coffee dalam satu kenyataan berkata, kerjasama tersebut bertujuan memperagakan semula gaya hidup dan fesyen serta memperingati ulang tahun ke-4 ZUS Coffee.

Menurut kenyataan itu, acara prapelancaran rasmi telah diadakan pada di ZUS x HYPE Pop Up Store yang terletak di Blue Atrium di Sunway Pyramid, pada Rabu.

“Perkongsian itu juga membawa kelainan kepada pengalaman kopi harian dengan menggabungkan rasa yang enak dengan manis menjadikan pengalaman menghirup secawan kopi setiap hari sebagai pengembaraan rasa.

“Kolaborasi ZUS Coffee x HYPE 'The Future Is Now' ialah tempat fesyen pakaian bergerak selari dengan budaya kopi,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, kerjasama tersebut juga menampilkan edisi terhad melibatkan estetika pakaian ikonik HYPE dilengkapkan dengan Cheese Crème Series ZUS Coffee direka untuk dipadankan dengan sempurna dengan pakaian yang diraikannya.

“Koleksi itu adalah untuk mereka yang mengharungi hari mereka mencari kualiti, kemudahan dan sentuhan tambahan yang nyaman.

"Ia mengenai menambah keyakinan dalam setiap langkah dan menjadikan setiap hari mencabar, bersemangat dan menyeronokkan,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Koleksi 'The Future Is Now' akan tersedia di semua cawangan HYPE di seluruh Malaysia bermula 17 November nanti.