Tengku Zafrul nyatakan pendirian, harapan Malaysia sempena APEC

Tengku Zafrul ketika ditemuramah dalam program Asia Business Report di saluran BBC World.
Tengku Zafrul ketika ditemuramah dalam program Asia Business Report di saluran BBC World.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia berharap hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan China menjadi lebih stabil susulan pertemuan antara pemimpin gergasi ekonomi dunia pada Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi perkara itu ketika ditemu ramah media antarabangsa sempena persidangan di Amerika Syarikat yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya telah ditemu ramah oleh Monica Miller dari BBC World dalam program Asia Business Report sempena persidangan APEC 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat.

"Dalam temuramah ini saya telah mempertahankan pendirian Malaysia dalam isu Palestin, menjelaskan prioriti Malaysia dalam persidangan APEC dan berkongsi harapan Malaysia," katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan, Anwar akan membawa suara besar Malaysia seiring usaha memperkukuh pelaburan dan perdagangan serantau pada APEC 2023.

Ini termasuk memberi fokus kepada kerjasama serantau yang amat diperlukan ketika ini untuk memacu ekonomi.

Selain itu, Perdana Menteri turut dijadualkan akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) Kedua, yang dianjurkan di luar Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pada Khamis.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!