Lelaki maut dihempap jengkaut

Keadaan mangsa selepas dihempap lengan jengkaut dalam kejadian di Jalan Kolam Udang, Kampung Nyatoh, di Setiu pada petang Selasa.
Keadaan mangsa selepas dihempap lengan jengkaut dalam kejadian di Jalan Kolam Udang, Kampung Nyatoh, di Setiu pada petang Selasa.
A
A
A

SETIU - [DIKEMAS KINI] Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap 'lengan' jentera tersebut dalam kejadian di Jalan Kolam Udang, Kampung Nyatoh, di sini petang Selasa.

Insiden berlaku kira-kira jam 3 petang itu menyebabkan Azman A Wahab, 44, dari Kampung Din Maras, Batu Rakit mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Affandi Hussin berkata, insiden itu dipercayai berlaku akibat kerosakan pada jentera tersebut.

"Sebelum kejadian mangsa dikatakan meminta rakannya memandu jentera itu sementara dia turun untuk memeriksa kerosakan pada bahagian rantai jentera tersebut.

"Bagaimanapun secara tiba-tiba jengkaut tersebut mengalami kebocoran paip hidraulik lalu lengan jentera itu menghempap mangsa yang berada di hadapan jentera," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Menurut Affandi, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: