Banjir kilat di pekan Gerik

Pemantauan APM mendapati lima kawasan penduduk di daerah Gerik dinaiki air hujan lebat berterusan lebih tiga jam. - Foto Ihsan APM
Pemantauan APM mendapati lima kawasan penduduk di daerah Gerik dinaiki air hujan lebat berterusan lebih tiga jam. - Foto Ihsan APM
A
A
A

IPOH - Hujan lebat lebih tiga jam menyebabkan lima kawasan sekitar daerah Gerik dinaiki air pada petang Isnin.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Hulu Perak dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan dinaiki air melibatkan Pekan Gerik, Kampung Tanjung Kala, Kampung Ulu Kenderong, Bendang Kerajaan dan Kampung Pecah Batu.

Menurutnya, hujan lebat berterusan sekitar jam 6 petang itu menyebabkan air Sungai Kenderong melimpah ke kawasan berhampiran.

"Pasukan membuat pemantauan dan terdapat empat rumah kedai dinaiki air dan pemantauan di Kampung Tanjung Kala mendapati 12 rumah penduduk terjejas.

"Seterusnya pemeriksaan di Kampung Ulu Kenderong mendapati 13 rumah penduduk dinaiki air," katanya di sini.

Menurut kenyataan itu, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 9.30 malam dan keadaan cuaca masih hujan lebat.

Artikel Berkaitan: