PKR, PH beri sokongan penuh kepada calon BN di PRK Kemaman

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, pada 2 Disember depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed itu sesuai untuk menjadi pemimpin di daerah tersebut.

“Tahniah saya rakamkan kepada bekas Panglima ATM, Tan Sri Raja Mohamed Affandi, sosok yang diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kemaman.

“Insya-ALLAH, PKR dan PH akan berikan dukungan penuh serta kerja sehabis daya untuk membantu kemenangan calon BN,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, keputusan pemilihan calon itu dilakukan atas persetujuan bersama antara partinya dan UMNO Terengganu.

“Setelah berunding dengan sahabat BN dan UMNO, kita tidak syak calon kita ini dapat membawa perubahan di Kemaman. Jika terpilih sebagai wakil BN, wakil Kerajaan Perpaduan, insya-ALLAH kita akan memberi terus keperluan rakyat di Kemaman.

“Saya yakin beliau dapat menabur perkhidmatan dengan terus membangunkan Kemaman, terutamanya kampung-kampung tradisional, Felda, Felcra, kampung Orang Asli, masyarakat pinggir bandar dan bandar untuk orang-orang Cina,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!