Chelsea mula dapat keyakinan

Mauricio Pochettino - Foto AFP
Mauricio Pochettino - Foto AFP
A
A
A

MAURICIO Pochettino berkata Chelsea mula mendapat keyakinan dan percaya mereka boleh bersaing dengan dengan pasukan terbaik selepas keputusan seri dramatik, 4-4 dengan Manchester City di Stamford Bridge pada Ahad.

Menurut Pochettino, prestasi ditunjukkan pemainnya itu disifatkan sebagai satu peningkatan selepas permulaan goyah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

"Saya sangat bangga dan gembira. Pemain berhak mendapat pujian, persembahan petang ini sangat mengagumkan terutama menentang pasukan terbaik di dunia.

“Banyak keadaan yang berlaku semasa perlawanan yang membuatkan saya bangga, cara kami mengendalikan permainan itu benar-benar bagus.

“Ada perkara yang perlu diperbaiki, tetapi ia adalah prosesnya. Apabila anda ingin membina projek dari sifar, situasi ini sangat bagus.

“Pengalaman sebegini akan menambah baik permainan dan pasukan kami. Tetapi, sekarang kita bergerak ke hadapan," katanya.

Dalam aksi penuh dramatik itu, penyerang berbisa City, Erling Haaland membuka jaringan menerusi sepakan penalti selepas 25 minit perlawanan sebelum Thiago Silva menyamakan kedudukan untuk Chelsea melalui situasi sepakan sudut.

Raheem Sterling meletakkan Chelsea dihadapan selepas menghukum kesilapan Josko Gvardiol, tetapi kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Manuel Akanji menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Artikel Berkaitan:

Haaland meledak sekali lagi untuk menjadikan kedudukan 3-2 sejurus selepas perlawanan dimulakan semula namun, rembatan Nicolas Jackson kembali meletakkan perlawanan seimbang 3-3.

City menyangka mereka telah memenangi perlawanan tersebut menerusi rembatan Rodri empat minit sebelum tamat, tetapi Penyerang Chelsea, Cole Palmer menyempurnakan sepakan penalti pada minit kelima masa kecederaan untuk menyaksikan kedua-dua pasukan meraih satu mata.