Anwar, Wan Azizah tunai umrah selepas hadiri OIC

Anwar, Wan Azizah bersama delegasi negara mengerjakan umrah
Anwar, Wan Azizah bersama delegasi negara mengerjakan umrah
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengerjakan umrah selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan di Riyadh pada Sabtu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka menunaikan ibadah tersebut bersama delegasi Malaysia sebelum berangkat ke San Fransisco, Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023.

“Saya titipkan doa memohon ALLAH mengangkat penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestin.

“Semoga saudara kita di Gaza dan Tebing Barat dilimpahkan kesejahteraan, keamanan dan dikurniakan kekuatan dalam menempuh tentangan serta kezaliman,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Anwar dan Wan Azizah ketika tawaf.
Anwar dan Wan Azizah ketika tawaf.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, penyertaan Anwar bersama semua negara anggota OIC dan liga Arab memutuskan satu langkah antarabangsa bagi menghentikan perang di Gaza serta memberi tekanan bagi membolehkan proses politik dilaksanakan untuk mencapai keamanan yang kekal serta menyeluruh mengikut ketetapan.

Sidang kemuncak itu juga menggesa semua negara anggota mengenakan tekanan diplomatik, politik dan undang-undang serta mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh pihak penceroboh.

Artikel Berkaitan:

Anwar bersama delegasi negara mengerjakan umrah sebelum berangkat ke San Fransisco, AS bagi menghadiri Minggu APEC 2023.
Anwar bersama delegasi negara mengerjakan umrah sebelum berangkat ke San Fransisco, AS bagi menghadiri Minggu APEC 2023.

Pada masa sama, keputusan mereka untuk menyertai persidangan APEC 2023 bertujuan untuk menjaga kepentingan daripada pelbagai sudut hubungan diplomatik, keselamatan, ekonomi dan menegaskan bahawa beliau tidak berganjak dalam mempertahankan keadilan dan perjuangan rakyat Palestin.