Sidang tergempar OIC: 'Saya telah minta menteri luar hubungi Turkiye, Arab Saudi' - Anwar

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah meminta Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghubungi pihak Turkiye dan Arab Saudi untuk menyatakan kewajaran mengadakan sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi catatan di laman Facebook malam ini.

"Sidang ini juga harus melibatkan negara-negara seperti Brazil, Rusia dan China yang menyatakan sikap tegas menentang keganasan Israel,” katanya.

Sebelum itu, Perdana Menteri di Dewan Rakyat telah menyatakan sokongan Malaysia terhadap cadangan Turkiye dan Arab Saudi untuk mengadakan mesyuarat OIC bagi membincangkan isu Palestin.