Terlupa alasan tidak perbaharui cukai jalan

Anggota JPJ Selangor dan JSPT PDRM memeriksa 286 kenderaan pada Op Patuh Bersepadu di seluruh negeri itu pada Jumaat.
Anggota JPJ Selangor dan JSPT PDRM memeriksa 286 kenderaan pada Op Patuh Bersepadu di seluruh negeri itu pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengeluarkan 833 saman menerusi Op Patuh Bersepadu di sekitar negeri itu pada Jumaat.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilakukan di lima lokasi iaitu Plaza Tol Kemuning, Plaza Tol KLIA, Jalan Klang- Banting, Plaza Tol Batu 9, Cheras serta Jalan Kuala Selangor-Sabak Bernam bermula jam 8 pagi.

Menurutnya, operasi itu telah mengambil tindakan ke atas 286 kenderaan di mana 833 saman dikeluarkan.

JPJ Selangor mengeluarkan 833 saman menerusi Op Patuh Bersepadu di sekitar negeri itu pada Jumaat.
JPJ Selangor mengeluarkan 833 saman menerusi Op Patuh Bersepadu di sekitar negeri itu pada Jumaat.

"Tiada lesen memandu mencatatkan 235 kes, manakala tiada cukai jalan dan insuran sebanyak 212 kes serta selebihnya lain-lain kesalahan seperti cermin gelap, lebih muatan dan ubah suai kenderaan.

"Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, operasi yang tamat pada jam 11.59 malam itu turut menyita dua motosikal.

Selain itu, kata Azrin, pihaknya sering menerima alasan pemandu kenderaan yang mendakwa mereka terlupa untuk memperbaharui cukai jalan.

Artikel Berkaitan:

Anggota JPJ Selangor dan JSPT PDRM melaksanakan Op Patuh Bersepadu di seluruh negeri itu pada Jumaat.
Anggota JPJ Selangor dan JSPT PDRM melaksanakan Op Patuh Bersepadu di seluruh negeri itu pada Jumaat.

"Ada juga seorang wanita yang juga penunggang motosikal cuba memperdaya anggota JPJ kononnya telah perbaharui cukai jalan, namun hasil semakan dibuat adalah sebaliknya," ujarnya.

Tambahnya, JPJ Selangor melalui kolaborasi bersama JSPT akan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.