'Sibuk, tiada masa ambil lesen memandu'

JPJ Selangor mengeluarkan 182 saman atas pelbagai kesalahan semasa operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam pada Jumaat.
JPJ Selangor mengeluarkan 182 saman atas pelbagai kesalahan semasa operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada masa dan sibuk bekerja antara alasan diberi penunggang dan pemandu yang tiada lesen memandu selepas ditahan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Kemuning di sini pada Jumaat.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi yang diketuai Ketua Seksyen Operasi JPJ Negeri Selangor, Muzlefa Kamarudin itu dijalankan bermula jam 8 malam.

Menurutnya, sebanyak 360 kenderaan telah diperiksa dan 182 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"Antara kesalahan yang direkodkan ialah lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (43 kes), tiada lesen memandu (36 kes), lesen memandu tamat tempoh (3 kes) dan kesalahan teknikal sebanyak 66 kes.

"Soal siasat awal kepada penunggang yang menunggang tanpa lesen memandu mendakwa mereka tiada masa kerana kesibukan bekerja," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

JPJ Selangor mengeluarkan 182 saman atas pelbagai kesalahan semasa operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam pada Jumaat.
JPJ Selangor mengeluarkan 182 saman atas pelbagai kesalahan semasa operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam pada Jumaat.

Beliau berkata, selain itu, satu motosikal yang ditunggang warga asing telah disita atas pelbagai kesalahan.

Katanya, JPJ Selangor turut mengeluarkan notis arah periksa ke atas 22 lori mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Jelas Azrin, pihaknya sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

"Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujarnya.