'Bukan salah pemain' - Echeverria

Echeverria menenangkan pemainnya, Ahmad Asyar Hadi Mohd Shapri yang kesedihan setelah tewas kepada TFC II dalam aksi final Piala MFL di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu. - FOTO: BERNAMA
Echeverria menenangkan pemainnya, Ahmad Asyar Hadi Mohd Shapri yang kesedihan setelah tewas kepada TFC II dalam aksi final Piala MFL di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu. - FOTO: BERNAMA
A
A
A

JURULATIH Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Mariano Echeverria enggan menyalahkan pemain pertahanan, Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri kerana kesilapannya yang menyebabkan Terengganu FC (TFC) II mengungguli Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada malam Sabtu.

Kesilapan tersebut mengundang padah apabila pemain gantian skuad Penyu, Muhd Isa Raman meledak gol tunggal untuk menjulang trofi sulung buat skuad bimbingan Hairuddin Omar itu.

“Persembahan yang ditunjukkan pemain sepanjang kejohanan adalah baik dan kita dapat lihat beberapa pemain menyinar.

“Sudah tentu kami mahu memenangi perlawanan akhir, malangnya impian itu tidak menjadi kenyataan,” katanya.

Echeverria bagaimanapun tetap berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pemain sepanjang saingan Piala MFL musim ini dengan beberapa pemain berjaya mempamerkan bakat dan kualiti yang baik.

“Saya lihat final ini sebagai aksi lebih sukar kerana TFC II menggunakan pemain yang sama, namun pasukan kami bertukar-tukar, jadi ia sukar.

“Namun pasukan ini sudah bekerja keras, mereka berlatih dan saya gembira akhirnya sampai hingga di pentas final,” katanya.

Muhd Isa yang masuk daripada bangku simpanan muncul wira menceriakan kem TFC apabila menyumbat gol kemenangan pada minit ke-87.

Artikel Berkaitan:

Jaringan itu berpunca daripada kealpaan Ahmad Aysar yang gagal menampan kemas bola hantaran penjaga gol, Zulhilmi Sharani.

Kesilapan tersebut pantas dihidu Muhd Isa yang segera menyepak kencang ke arah gawang untuk menewaskan Zulhilmi.