Ahmad Zahid saksi perlumbaan GP Motosikal Malaysia

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini pada Ahad.

Selain menyaksikan perlumbaan itu, Ahmad Zahid menyertai mesyuarat yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Timbalannya Adam Adli Abd Halim serta Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif.

Beliau yang hadir bersama ahli keluarganya turut mengambil peluang melawat hentian pit pasukan RNF MotoGP Team dan diberikan sedikit penerangan oleh prinsipalnya Datuk Razlan Razali.

RNF MotoGP Team yang menyertai saingan kelas perdana MotoGP diwakili dua pelumba iaitu Raul Fernandez dan Miguel Oliveira.

Ahmad Zahid kemudian dibawa untuk melihat pelepasan pelumba bagi saingan Moto2.

Beliau juga dijadual menyampaikan hadiah kepada pemenang podium MotoGP bagi edisi 2023 di sini. - Bernama.

Artikel Berkaitan: