Konflik Palestin-Israel: 39 bayi maut akibat kurang oksigen

Keadaan pesakit di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza pada Jumaat. - Foto AFP
Keadaan pesakit di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza pada Jumaat. - Foto AFP
A
A
A

GAZA - Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Sabtu mendedahkan 39 bayi meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Al-Shifa Gaza akibat kekurangan oksigen.

Hospital itu yang terletak di Semenanjung Gaza terjejas teruk akibat serangan Israel baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu.

Serangan darat dan udara oleh Israel di Hospital Al-Shifa dan kawasan berhampiran berlanjutan selama enam jam, menurut saluran televisyen Palestin.

Pada Jumaat, pesawat Israel memperhebat serangan ke atas hospital di Semenanjung Gaza.

Ia termasuklah sekitar Hospital Al-Shifa, Hospital Indonesia, Hospital Al-Awda, Hospital Al-Quds dan Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi.

Sekurang-kurangnya 11,078 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk 4,506 kanak-kanak dan 3,027 wanita setakat ini. - Bernama/ Anadolu

Artikel Berkaitan: