Jasmine Suraya lupakan seketika dunia seni demi ilmu

Jasmine Suraya
Jasmine Suraya
A
A
A

PELAKON Jasmine Suraya bakal menjadi anak Malaysia pertama diterima masuk ke di Lee Strasberg Theatre and Film Institute, Los Angeles dan akan berlepas ke sana pada Disember ini.

Lebih manis, Jasmine berkata, dia sudah lama memasang impian untuk menyertai akademi itu memandangkan pernah melahirkan alumni hebat seperti Angelina Jolie, Chris Evans, Scarlett Johansson dan Lady Gaga.

“Bagi diterima melanjutkan pengajian di sini bukan mudah. Setiap calon perlu menduduki ujian dan temu duga secara dalam talian serta melampirkan kertas kerja berkaitan. Selepas melalui beberapa proses yang sukar, saya diterima,” ujar Jasmine.

Justeru demi memastikan dapat memberi tumpuan, anak kelahiran Sarawak itu rela mengambil cuti selama setahun.

“Mungkin ada yang rasa ini kerja gila, saya berehat sekejap dari dunia lakonan di saat sedang terima banyak tawaran berlakon, tapi saya nekad. Melanjutkan pengajian adalah impian saya.

“Selepas berbincang dengan keluarga, rakan terdekat dan pihak pengurusan, saya dengan lapang dada meninggalkan sekejap kerja yang saya minat ini untuk tempoh setahun.

“Syukur mereka semua memberikan galakan. Malah selepas tamat pengajian, saya bakal menaikkan profil kerjaya saya kepada satu tahap yang lebih baik dalam bidang lakonan,” katanya.

Tambah pelakon yang hits menerusi naskhah Paskal itu, dia turun memohon beberapa dana daripada badan berkaitan bagi membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan.

Artikel Berkaitan:

“Saya sanggup ketepikan hidup mewah untuk menyimpan dana ke sana, tetapi saya mohon juga bantuan kewangan daripada badan berkaitan bagi membantu menampung perbelanjaan.

“Cuma kalau ada tak ada, saya gunakan sahaja simpanan yang ada,” jelasnya.

Sebagai rekod, Jasmine merupakan selebriti Malaysia pertama dari Sarawak yang diterima dan menuntut di akademi tersebut.

Malah, bagi membuat persiapan ke akademi tersebut, Jasmine juga terpaksa menolak tawaran filem daripada produksi Indonesia.

“Tak mengapalah, saya pujuk hati dan kuatkan semangat kerana jangka masa setahun itu tak lama sebenarnya.

"Ini semua demi ilmu dan peluang yang bagi saya tidak mungkin datang lagi,” katanta yang bakal tampil dengan sebuah filem arahan seorang pengarah lokal yang terkenal di Hong Kong tidak lama lagi.

Selain itu, dia juga dalam fasa menyelesaikan drama bersiri Racun Rihanna yang bakal disiarkan di TV3 bersama para pelakon yang hebat seperti Rita Rudaini, Intan Najuwa dan Azah Aziz.