Selangor jangka lunas hutang Persekutuan tahun depan

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri dijangka melunaskan sepenuhnya hutang kerajaan Persekutuan pada tahun depan berdasarkan kebebasan kewangan cemerlang negeri Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, baki hutang negeri sebanyak RM19.20 juta terdiri daripada pinjaman Projek Bekalan Air dan Skim Amanah Saham Selangor (ASAS).

Beliau memaklumkan komitmen penyelesaian liabiliti hutang negeri pada 2024 juga rendah, hanya melibatkan penyelesaian baki ansuran akhir Skim ASAS berjumlah RM1.89 juta.

"Baki pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM17.3 juta pula akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang hanya memerlukan tindakan urusan dokumentasi," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 pada Jumaat.

Tambahnya, dengan kelebihan kebebasan kewangan, kerajaan negeri berjaya membuktikan tata kelola terbaik dalam menguruskan sumber kewangan tanpa menjejaskan ketangkasan perkhidmatan dalam meningkatkan darjat hidup rakyat melalui Belanjawan Selangor 2024.

Artikel Berkaitan: